Perang Dunia II Hermann_Hoth

Hoth telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan diberi memerintah Kor XV Motoris dari 10 November 1938, memimpinnya dalam pencerobohan Poland tahun berikutnya. Semasa pencerobohan Perancis pada Mei 1940, kor panzernya menjaga rusuk kanan Guderian sewaktu penyerbuan mereka melalui Ardennes, dan mengandungi Divisyen Ke-5 Panzer dan Divisyen Ke-7 Panzer Erwin Rommel. Selepas kejayaan kempen ini, Hoth telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst pada 19 Julai 1940.

Dalam Operasi Barbarossa tahun 1941, Hoth memerintah Kumpulan Panzer Ketiga yang berjaya menawan Minsk dan Vitebsk. Pada Oktober beliau mengantikan Jeneral Carl-Heinrich von Stülpnagel sebagai Panglima Tentera Darat Ketujuhbelas di Ukraine. Selaku panglima formasi itu, beliau menyeru askar-askarnya memahami keperluan untuk "menghukum keras bangsa Yahudi".[1] Ketumbukannya telah dihalau balik oleh penyerangan Rusia pada awal tahun 1942 (lihat Pertempuran Kharkov Kedua).

Pada Jun 1942, beliau mengambil alih dari Jeneral Erich Höpner sebagai Panglima Tentera Darat Keempat Panzer. Sebagai sebahagian daripada Operasi Blue, penyerangan Jerman di selatan Rusia, ketumbukan itu menghampiri Sungai Don di Voronezh. Hoth telah diarah pusing ke selatan bagi membantu Tentera Darat Pertama Panzer menyeberangi sungai Don, satu gerakan yang Jeneral Kleist kata tidak membantu, kerana lebihan ketumbukan panzer tersekat di jalan raya.[Note 1] Ia kemudian mara ke utara untuk membantu percubaan Tentera Darat Keenam menawan Stalingrad.

Fedor von Bock (kiri), Hermann Hoth (tengah), Walther von Hünersdorff (belakang Bock), dan Wolfram von Richthofen (kanan, berpaling) membincangkan operasi, 8 Julai 1941. Foto ini telah diambil semasa pertempuran Smolensk.

Pada November 1942, penyerangan balas musim sejuk Soviet memecah masuk garisan Jerman dan memerangkap Tentera Darat Keenam di Stalingrad. Kumpulan Ketumbukan Hoth atau Armeegruppe Hoth (mengandungi Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Kor IV Romania) adalah bahagian utama Operasi Winter Storm, iaitu percubaan bagi menyelamatkan Tentera Darat Keenam, dibawah arahan Kumpulan Tentera Darat Don Fil Marsyal Erich von Manstein. Operasi tersebut gagal, kerana askar bantuan Soviet bertambah dan cuaca semakin buruk menghalang kemaraan Jerman. Pada 25 Disember, pihak Soviet menyambung penyerangan mereka, memaksa pihak Jerman berundur dan menutup nasib Tentera Darat Keenam.

Pada Julai 1943, Hoth memimpin Tentera Darat Keempat Panzer dalam Pertempuran Kursk. Divisyen-divisyen beliau, kini diperkuatkan oleh Kor II SS Panzer, pada mulanya memecah masuk garisan Soviet, sebelum dipaksa berhenti di Prokhorovka. Manstein menggesa serangan tersebut diteruskan, tetapi kekurangan kemajuan pada hari berikutnya memaksa serangan di Prokharovka dibatalkan.

Selepas Kursk, Tentera Merah melancarkan penyerangan berturut-turut yang berjaya menyeberangi Dnieper, menawan semula Kiev dan menolak pihak Jerman keluar dari timur Ukraine. Berdasarkan rekodnya, Hitler menyalahkan Hoth kerana kekalahan ini dan melucutkan jawatan beliau pada 3 November 1943. Pada 10 Disember, Hoth diletakkan dalam kumpulan pegawai simpanan OKH

Pada April 1945 beliau telah dipanggil semula daripada pegawai simpanan untuk tugas aktif dan ditugaskan memerintah pertahanan Pergunungan Harz sehingga perang berakhir.